Welcome, Guest. Please login or register.
July 30, 2014, 12:59:24 PM
Home Help Search Calendar Login Register
News: SMF - Just Installed!

+  smkengkilili.com
|-+  Committees
| |-+  Sudent Welfare
| | |-+  Bimbingan (Moderator: Cikgu Kullin)
| | | |-+  KEMPEN ANTI PONTENG DAN ANTI MEROKOK
0 Members and 1 Guest are viewing this topic. « previous next »
Pages: [1] Go Down Print
Author Topic: KEMPEN ANTI PONTENG DAN ANTI MEROKOK  (Read 3804 times)
Cikgu Kullin
Moderator
Jr. Member
*****
Offline Offline

Posts: 63


Unit Bimbingan & Kaunseling SMKE


View Profile Email
« on: February 10, 2009, 08:54:38 AM »

KEMPEN ANTI PONTENG DAN ANTI MEROKOK.

TARIKH     :  9 - 28 Februari 2009
SASARAN  :  Semua Pelajar SMKE

AKTIVITI  :  1. Taklimat dan ceramah anti ponteng, anti jenayah dan anti merokok kepada pelajar
                     mengikut jantina bagi tiap tingkatan.
                 2. Pertandingan melukis Poster Anti Ponteng, Anti Jenayah dan Anti Merokok.
                 3. Pertandingan menulis esei berkaitan Anti Ponteng, Anti Jenayah dan Anti Merokok.



1.0.   Pengenalan

Satu masalah utama yang sekian lama cuba dibenteras oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ialah, Masalah Ponteng. Gejala ponteng ini terbahagi kepada Ponteng Sekolah atau Ponteng Kelas. Gejala ini amat berleluasa di semua sekolah di seluruh Malaysia, begitu juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili. Meskipun Daerah Kecil Engkilili agak terpencil namun gejala ini tetap tidak terkecuali.

Menyedari masalah ini, maka pihak sekolah mencadangkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Bahagian Hal Ehwal Murid untuk mengadakan KEMPEN ANTI-PONTENG dan ANTI MEROKOK.

Adalah diharapkan agar kempen ini akan dapat membantu pihak sekolah untuk mencapai Misi sekolah iaitu, ‘Menjadi Sekolah Harapan Negara Menjelang 2010.


2.0.    Matlamat

Menjadikan kempen ini sebagai kempen tahunan untuk memperbaiki tahap disiplin pelajar bagi mencapai visi dan Misi sekolah.

Objektif
i.   Membantu pihak sekolah untuk mengurangkan masalah disiplin melalui aktiviti pertandingan melukis poster Anti Ponteng Dan Anti Merokok di sekolah.

ii.   Menyedarkan pelajar luar bandar  tentang gejala ponteng adalah punca kes merokok dengan menampalkan pelbagai kata-kata nasihat dan info-info berkaitan Pencegahan di Sekolah.

iii.   Mendedahkan Bagaimana seorang pelajar membina Matlamat diri dan hala tuju dalam kehidupan masing-masing untuk mencapai kejayaan dengan lebih bersemangat melalui satu ceramah untuk pelajar lelaki dan perempuan.

iv.   Menjelaskan kepada pelajar bahawa Kecerdasan Otak bukan jaminan kejayaan semata-mata, tetapi daya usaha dan ketabahan adalah pelengkap utama melalui Pertandingan menulis ESEI berkaitan Pencegahan Ponteng dan Anti Merokok antara kelas.


v.   Menerangkan tentang salah satu teknik mengingat yang berkesan dengan pertandingan membuat buku Skrap antara kelas.




3.0.   Kumpulan Sasaran :  Semua Pelajar


4.0.   Aktiviti - Aktiviti dalam kempen :

i.   Slot Ceramah Ringkas Semasa Perhimpunan
ii.   Pertandingan Antara Kelas
a)   Melukis Poster
b)   Membina Esei
c)   Membuat buku skrap
d)   GKSM dan Ahli PRS Menampalkan Semua Pencegahan Ponteng & Jenayah di kawasan sekolah.
e.   Bimbingan & Khidmat Nasihat


5.0.      Ahli Jawatankuasa
   
Pengerusi       :   Hj. Ismail Bin Hj. Jaya (Pengetua )

Timb. Pengerusi   :   Mohd. Othman Bin Jaini ( PK1)

Setiausaha    :   En. Jamil Mazuki PKHEM)

Timb. Setiausaha:   En. Kullin Djayang ( GKSM)

Bendahari      :   En. Manggat Impin (Ketua Kerani )

Penyelaras      :   En. Rozy Bin Abu Bakar (GKSM)
Pen. Penyelaras   :   Cik Sabtuyah Bt. Jiffri (GKSM)

Ahli-Ahli      :   En. Simong Ambak (PKKK)
            En. Giki Panggi ( Guru Pend. Seni)
En. Nito Tony
               En. Sofia Syahferi
En. Robert Denel
Guru Tingkatan
Ketua Pengawas Lelaki & Perempuan
Ketua/Pen. Ketua Kelas












6.0.    Insentif/ Cenderahati

-   Semua hadiah / cenderahati akan disediakan oleh pihak sekolah. Setiap hadiah akan disampaikan selepas tamat Kempen.
-   Cenderahati Berbentuk – Hamper & Piala/Pug



7.0.     Tempoh Perlaksanaan

-   SEBULAN



8.0.   Penutup

Segala perancangan yang dilakukan oleh UBK ini adalah sebagai tanda sokongan kepada pihak sekolah dalam menangani masalah ponteng dan merokok di kalangan pelajar. Meskipun masalah adalah masalah yang amat  sukar untuk dihapuskan namun, pihak UBK tetap sentiasa mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan gejala ini.

Adalah diharap dengan usaha yang berterusan seumpama ini perkara-perkara negative seperti ini mampu dikurangkan dari masa ke semasa. Kami dalam UBK percaya jika masalah disiplin seumpama ini mampu dikurangkan, maka sudah pasti manfaatnya akan dapat dinikmati oleh semua warga SMKE.

Semoga berjaya dan terima kasih.






« Last Edit: February 10, 2009, 01:40:19 PM by Cikgu Kullin » Logged

UBK SMKE : Anda Diterima Tanpa Syarat
Pages: [1] Go Up Print 
« previous next »
Jump to:  


Login with username, password and session length

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.17 | SMF © 2006-2008, Simple Machines Valid XHTML 1.0! Valid CSS!